George Boateng Kekal Jurulatih Kelantan Musim 2015

George Boateng Kekal Jurulatih Kelantan Musim 2015George Boateng kekal sebagai jurulatih skuad Kelantan bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim 2015. Perkara ini disahkan oleh Presidennya Tan Sri Annuar Musa dalam status terbarunya dalam laman sosial Facebook hari ini.
Spekulasi mengenai kedatangan jurulatih baharu ke Kelantan adalah tidak benar.
"KAFA malam tadi telah memutuskan untuk mengekalkan Boateng semusim lagi dengan perancangan baharu yang lebih mantap."Boateng akan dibantu oleh Hashim Mustapa, Sideek Samsudin dan Ismail Chawalit Abu Bakar," 
Masa depan Boateng menjadi tanda tanya apabila KAFA dilaporkan tidak berminat untuk menyambung kontraknya dan nama-nama seperti Mohd Azraai Khor Abdullah dan V. Sundramoorthy dikhabarkan akan menjadi pengendali Kelantan yang baharu.
Beliau berkata pihaknya juga masih mengekalkan Azman Ibrahim sebagai pengurus 'The Red Warriors' pada musim hadapan.
Sebagai rekod, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.
Hilangkan Jerawat dan Kulit Berminyak Seawal 3 Hari. KLIK SINI !!! SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now