Hari Penghargaan Bersama Penyokong Johor JDT 15 Nov 2014

Hari Penghargaan Penyokong JDT
Hari Penghargaan Bersama Penyokong Johor JDT 15 Nov 2014
Ini adalah makluman yang dipetik dari FB Johor Southern Tigers
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menganjurkan majlis penghargaan kepada para penyokong pada hari Sabtu, 15hb November 2014 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru, Johor daripada pukul 9 pagi hingga ke 5 petang.
Majlis yang bertemakan pasukan bola sepak JDT ini akan menyediakan pelbagai makanan asli negeri Johor termasuk resepi istimewa BBQ Argentina TMJ secara percuma beserta persembahan para artis, D-Day bersama Boys Of Straits serta jualan merchandise original pasukan JDT yang akan dijual dengan harga yang paling istimewa.
Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan majlis ini bersama-sama DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor serta para pemain dan pegawai pasukan Johor Darul Ta'zim.
Kita jumpa disana.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now