Harimau Malaya Tewas Lagi Kali Ini Di Vietnam

Harimau Malaya Dollah Salleh
Harimau Malaya Tewas Lagi Kali Ini Di Vietnam. Selepas tewas kepada Syria empat hari lepas 0-3, sebentar tadi skuad Malaysia bimbingan jurulatih Dollah Salleh longlai di separuh masa kedua walaupun mendahului tuan rumah 1-0 di separuh masa pertama.
Jurulatih, Dollah Salleh membariskan barisan pemain yang kuat dalam perlawanan persahabatan antrabangsa di Hanoi ini dengan Mat Yo dan Amri Tahyah mengetuai barisan serangan. Pada minit ke 22 perlawanan, Malaysia mendahului hasil jaringanhalf volley Mohd Amri Yahyah yang gagal dihalang oleh penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen Manh.
Selepas jaringan Amri, Malaysia terus menguasai permainan dengan memperoleh beberapa peluang terbaik terutama menerusi Norshahrul, S. Kunalan dan Amri sendiri namun gagal menerjah jaring Vietnam.
Mimpi ngeri buruk Malaysia bermula di separuh masa kedua apabila Vietnam yang memperolehi sokongan padu penyokong di Stadium Nasional Myn Dinh merubah corak permainan lebih pantas dan berhasil menyamakan kedudukan menerusi Mac Hong Quan pada minit ke-47.
Dua minit selepas jaringan, pertahanan tengah, Muslim Ahmad pula dikenakan kad merah kerana mengasari pemain lincah Vietnam, Nguyen Van Quyet.
Dengan kelebihan pemain, Vietnam terus menekan dan berjaya memperoleh penalti pada minit ke 55 selepas Mahali Jasuli mengasari Van Quyet. Beliau sendiri menyempurnakan penalti yang menewaskan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah berjaya menyumbat gol ketiga menerusi Ngo Hoang Thinh pada minit ke-81.
Perlawanan persahabatan menentang Vietnam adalah persiapan terakhir skuad Harimau Malaysia menjelang Piala AFF di Singapura bermula 23 November ini.

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS VIETNAM 16 NOVEMBER 2014
VIETNAM 3Mac Hong Quan min 47, Nguyen Van Quyet min 55 (pen)Ngo Hoang Thinh min 81

MALAYSIA 1 - Amri Yahyah min 22

Muslim Ahmad - Kad Merah min 49
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

kamil salleh kamil salleh 16 November, 2014
Kali lagi.... tak ke mana skuad harima malaya ni. Tiada apa yang boleh dibuat sekarang ini, semuanya tidak menjadi. Tak tahu nak kata dan buat apa dah...