Intipati Ucapan PM Pada Perhimpunan Agung Umno 2014

Intipati Ucapan PM Pada Perhimpunan Agung Umno 2014

Berikut adalah antara intipati ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di hadapan 2,752 perwakilan dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini 27 November 2014.

  • Ucapan dasar presiden buat pertama kalinya disertakan dengan persembahan multimedia itu bertema "Solidariti Melayu dan Bumiputera, Solidariti Umno, Solidariti Malaysia".
  • Solidariti adalah formula dan azimat kepada kesentosaan Malaysia.
  • Akta Hasutan 1948 dikekalkan dan diperkukuhkan dengan dua peruntukan khas.
  • Peruntukan khas itu akan dimasukkan dalam Akta Hasutan bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain; dan bagi tindakan terhadap mereka yang menghasut Sabah, Sarawak keluar dari Malaysia.
  • Umno komited untuk membuka peluang kepada golongan muda.
  • Tiga generasi usia yang menjadi anggota Umno perlu bekerjasama.
  • Umno membuka pendaftaran keahliannya, untuk anak muda seawal usia 18 tahun, secara terus melalui online yang ditempatkan di bawah pendaftaran Ibu Pejabat Umno Pusat.
  • Tiga kriteria perlu ada bagi generasi pewaris kepimpinan masa depan Umno atau JIL-UMNO iaitu berilmu dan berpengetahuan, berjati diri dan berintegriti, dan bersifat glokal.
  • Umno akan merundingi permintaan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno agar diberikan peluang dan jawatan setimpal yang lebih ramai bagi mereka yang berusia di bawah 40 tahun.
  • Umno akan mengadakan rundingan dengan semua pihak berkaitan pengwujudan jawatan Naib Ketua Wanita di peringkat bahagian dan Naib Presiden parti di peringkat kebangsaan.
  • Perjuangan Umno menyatukan pelbagai kaum, mengukuhkan ekonomi, mengukuhkan hubungan adalah mengikuti pengajaran Nabi Ibrahim (a.s.) dan Nabi Muhammad (s.a.w.).
  • Umno perlu terus tampil memperjuangkan Islam yang sebenar, bersifat universal dan sejagat, tidak ekstremis, memahami hukum-hukum dengan tepat, penghayatan yang sederhana, namun cemerlang dalam pekerjaan, menggalakkan pena'kulan dan berjihad di pengkalan bakti, seperti yang dilakukan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional, demi kebajikan rakyat serta pembangunan negara.
  • Umno dan Barisan Nasional komited dalam memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera dengan bersidang bersama, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, demi menjamin halatuju dan agenda pemerkasaan ekonomi Melayu Bumiputera.
  • Orang Umno tidak perlu 'apologetic', tidak perlu berasa segan silu jika ramai cuba memperlekeh, mencemuh kononnya parti itu sudah jumud dan tidak relevan lagi. – Bernama, 27 November, 2014.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now