Johor Tak Cuti Esok Walau Menang Piala Malaysia 2014

Johor Tak Cuti Esok Walau Menang Piala Malaysia 2014
Johor Tak Cuti Esok Walau Menang Piala Malaysia 2014 | Ramai peminat bola sepak di Johor yang mengharapkan esok cuti jika JDT menang Piala Malaysia 2014 tidak kesampaian apabila Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Johor tidak akan mengisytiharkan esok sebagai hari cuti sekalipun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menewaskan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini.



Keputusan ini dibuat memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini. Jadual Peperiksaan SPM 2014 di SINI
    
"Saya difahamkan guru-guru akan berhadapan masalah melakukan persediaan sekiranya Ahad cuti kerana peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan Ahad diisytiharkan sebagai cuti di Johor sekiranya Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia.
    
Bermula awal tahun ini, cuti hujung minggu di Johor telah diubah kepada Jumaat dan Sabtu, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.
    

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now