Karnival Kerjaya SPA 2014 Johor Bahru

Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2014 di Johor akan diadakan seperti butiran berikut :-
Tarikh    :  19 November 2014 (Rabu)
Masa      :  9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat  :  Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru, Jalan Tebrau, Johor Bahru.
Karnival Kerjaya SPA

Objektif utama Program Karnival Kerjaya SPA adalah sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan disamping memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapat maklumat secara terus/bersemuka.
Antara aktiviti menarik di Karnival Kerjaya SPA 2014 adalah seperti berikut :-
1. Taklimat kerjaya mengenai permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam meliputi : 
i) Persiapan menghadiri temu duga
ii) Panduan memohon jawatan
iii) Panduan Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Awam   
2. Khidmat nasihat Urusan Pengambilan   
3. Khidmat nasihat Urusan Pemilihan Pelatih Separa Perubatan   
4. Permohonan jawatan secara online   
5. Pameran kerjaya dari pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now