Kelebihan Makan Beramai-ramai

Kelebihan Makan Beramai-ramai

Kelebihan Makan Beramai-ramai
Riwayat: 
 Muslim
Hadith: 
 
Daripada Jabir RA katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, makanan untuk seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang pula dapat mencukupi untuk empat orang, demikian pula makanan empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Orang yang bersifat pemurah dan bertimbang rasa akan dikasihi Allah SWT, Rasul dan manusia
  2. Makanan yang sedikit boleh mencukupi dan mengenyangkan ramai orang jikalau ia dimakan beramai-ramai sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
  3. Rasulullah SAW melarang kita daripada bersifat kedekut dan bakhil sesama manusia dan makhluk lain.
VIA JAKIM

Kelebihan Makan Beramai-ramai - Sunnah Rasulullah
Umat Islam di seluruh dunia memegang kuat amanat Rasulullah itu. Mereka menjalankan kehidupan harian dengan berpandukan cara kehidupan Rasulullah atau dikenali sebagai sunnah Baginda. Sunnah-sunnah inilah yang menjadi bekalan buat umat Islam demi menjamin kebahagiaan yang sejati di jannah.

Tertib semasa makan
Baginda menggalakkan makan secara berjamaah iaitu makan beramai-ramai dalam sebuah talam (dulang).

Hal ini dijelaskan dengan dalam Hadith Sahih banyak yang menyatakan "Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu."

Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya."

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now