Kenderaan Yang Dikecualikan Dari Bayaran Tol

Kenderaan Yang Dikecualikan Dari Bayaran Tol

Tak Perlu Bayar Tol | Terdapat beberapa kenderaan yang dikecualikan dari bayaran tol kerana kenderaan tersebut berkepentingan umum dan layak dikecualikan bayaran tol seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. 

Senarai kenderaan yang dikecualikan dari bayaran tol adalah seperti berikut:

  • Kenderaan yang membawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja atau Permaisuri-Permaisuri Baginda, Yang Dipertua Negeri bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau isteri-isteri mereka, Dato’-Dato’ Undang Negeri Sembilan atau Tengku Besar Tampin atau isteri-isteri mereka, Tengku Mahkota atau Raja Muda mana-mana Negeri atau isteri-isteri mereka, Raja Di-Hilir Perak atau isterinya, atau mana-mana pembesar asing yang datang melawat;

  • Mana-mana kenderaan Kerajaan yang membawa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;

  • Semua kenderaan tentera yang dimiliki oleh Kerajaan atau mana-mana angkatan pelawat yang ditafsirkan dalam Akta Angkatan Pelawat 1960 (Akta 432);

  • Semua kenderaan Kerajaan yang digunakan semata-mata untuk tugas ambulan, melawan kebakaran, tugas polis atau tugas menyelamat termasuk kenderaan pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam dan kenderaan daripada Jabatan Penjara semasa menjalankan tugas mengiringi banduan;

  • Semua kenderaan bukan Kerajaan yang digunakan untuk tugas ambulan, melawan kebakaran dan tugas-tugas menyelamat.

  • Semua motosikal beroda tiga atau beroda empat yang digunakan oleh mana-mana orang cacat; dan

  • Kenderaan kelas 0 ertinya mana-mana kenderaan yang mempunyai dua gandar dan dua roda.(*kecuali di Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang, dimana kelas 0 adalah kelas 1(motosikal))

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now