Keputusan Badminton Piala Axiata 2014 Malaysia Vs Vietnam

Badminton Piala Axiata 2014
Keputusan Piala Axiata 2014. Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 edisi kali ini masih mengekalkan format sama merangkumi lapan pasukan terdiri daripada enam negara dan dua pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah.

Negara berkenaan ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Thailand.

Perlawanan pusingan awal dalam format liga lapan pasukan akan diadakan di Jakarta manakala empat pasukan teratas akan layak ke pusingan separuh akhir yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Dis 2014 ini.

Dalam perlawanan hari ini, Malaysia bermula cemerlang apabila menundukkan Vietnam 3-1 dalam perlawanan pertama pusingan awal Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di Britama Arena, Jakarta pada Khamis. 

KEPUTUSAN MALAYSIA VS VIETNAM PIALA AXIATA 2014

MALAYSIA 3 - 1 VIETNAM

Chong Wei Feng menewaskan Nguyen Hoang Nam, 21-13 dan 21-17.

Ho Yen Mei tewas 21-19 dan 21-13 kepada, Vu Thi Trang.

Hoon Thien How dan Tan Boon Heong menewaskan Dao Manh Thang-Le Ha Anh, 21-17 dan 21-18.

Chan Peng Soon-Ng Hui Lin menang 21-16 dan 21-13 ke atas Duong Bao Duc-Dang Kim Ngan.

Perlawanan kedua pusingan awal melibatkan Malaysia dan Asia All Star akan diadakan esok bermula 3 petang waktu tempatan.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now