Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016. Siapakah pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016? Sebanyak 25 kategori akan dipertandingkan pada tahun ini berbanding 16 kategori pada edisi ABK tahun 2015Anugerah tahun ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 23 Disember 2016 di Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor bermula jam 8 malam. Penyampaian anugerah kepada pemenang bolasepak kebangsaan bagi semua kategori yang dipertandingkan akan dilakukan pada majlis ini. Nantikan keputusan ABK 2016 yang akan dikemaskini di bawah ini.

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016

Berikut adalah keputusan pemenang untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016. Sebanyak 25 kategori keseluruhannya akan dipertandingkan dengan 9 kategori baru untuk tahun ini adalah seoerti berikut :-
  1. Anugerah Media Sosial Terbaik
  2. Laman Web Terbaik
  3. Anugerah Komuniti
  4. Anugerah Khas - Piala Presiden
  5. Anugerah Khas - Piala Belia
  6. Anugerah Selamat Datang - MISC MIFA
  7. Anugerah Selamat Datang - PKNP FC
  8. Penghargaan Khas
  9. Penghormatan Khas

Untuk julung kalinya, peminat bolasepak tempatan berpeluang untuk menentukan 'The Best 11' atau kesebelasan terbaik pada musim ini. Peminat boleh membuat undian secara online dan 100 pengundi terawal berpeluang untuk hadir ke Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016.

Keputusan Rasmi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

Keputusan pemenang untuk kategori utama terpilih adalah seperti berikut :-

1. Pemain Paling Bernilai

  • Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

2. Penyerang Terbaik

  • Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

3. Pemain Tengah Terbaik

  • Safiq Rahim (JDT)

4. Pertahanan Terbaik

  • Rizal Ghazali (Kedah) 

5. Penjaga Gol Terbaik

  • Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) 

6. Jurulatih Terbaik

  • Tan Cheng Hoe (Kedah)

7. Pemain Import Terbaik

  • Jorge Pereyra Díaz (JDT)

8. Pemain Muda Harapan

  • Safawi Rasid (T-Team)

9. Laman Web Terbaik : Kategori Baru

  • Johor Southern Tigers

10. Media Sosial Terbaik : Kategori Baru

  • Johor Southern Tigers – Juara

11. Anugerah Fair Play

  • Negeri Sembilan

12. Pemain Wanita Terbaik

  • Dandree Rofinus (MISC-MIFA)

13. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) : Kategori Baru

  • Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak)

14. Penjaring Terbanyak Import (Liga Super)

  • Jorge Pereyra Diaz (JDT)

15. Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier) : Kategori Baru

  • Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

16. Penjaring Terbanyak Import (100PLUS Liga Premier)

  • Ilija Spasojevic (Melaka)

17. Pasukan Bolasepak Terbaik

  • Johor Darul Ta’zim

18. Penyokong Terbaik

  • Johor Darul Ta’zim (Liga Super)
  • Melaka (Liga Perdana)

19. Anugerah Komuniti : Kategori Baru

  • Akademi Subadron Aziz
  • Kindness Malaysia

20. Anugerah Khas – Piala Presiden : Kategori Baru

  • Kelantan

21. Anugerah Khas – Piala Belia : Kategori Baru

  • Sekolah Sukan Bukit Jalil

22. Anugerah Selamat Datang : Anugerah Khas

  • MISC MIFA

23. Anugerah Selamat Datang : Anugerah Khas

  • PKNP FC

24. Penghargaan Khas

  • Mohd Faiz Subri (FIFA Puskas Award)

25. Penghormatan Khas

  • Ah Wa (Penyokong Perak)


26. The Best 11 (Pilihan Penyokong)

  1. Tan Cheng Hoe (Kedah) – Jurulatih
  2. Izham Tarmizi (JDT) – Penjaga Gol
  3. Fazly Mazlan (JDT) – Pertahanan Kanan
  4. Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) – Pertahanan Tengah
  5. Marcos Antonio (JDT) – Pertahanan Tengah
  6. Rizal Ghazali (Kedah) – Pertahanan Kiri
  7. Andik Vermansah (Selangor) – Pemain Sayap Kanan
  8. Safiq Rahim (JDT) – Pemain Tengah
  9. Liridon Krasniqi (Kedah) – Pemain Tengah
  10. Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah) – Pemain Sayap Kiri
  11. Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) – Penyerang
  12. Jorge Pereyra Díaz (JDT) – Penyerang

27. Pemain Paling Popular (Pilihan Penyokong)

  • Liridon Krasniqi (Kedah) – 3536 undian
Tahniah kepada semua pemenang ANugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016. Majulah sukan untuk negara.

1 comment... add one now

Pilihan Sukan Pilihan Sukan 13 November, 2014
Tahniah kepada JDT dan Pahang FA juga kepada pemenang yang lain