Keputusan Rasmi Anugerah MACP 2014

Anugerah MACP 2014
Anugerah MACP 2014 telah diadakan malam tadi sempena malam ulang tahun Jubli Perak Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP).
Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara. Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.
Berikut adalah 11 penerima anugerah MACP 2014 :-
1) Anugerah Penerbit Tempatan dengan Pendapatan TerbanyakLuncai Emas Sdn Bhd
2) Anugerah Penerbit dengan Pendapatan TerbanyakSyarikat EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
3) Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak Habsah Hassan
4) Komposer dengan Pendapatan TerbanyakEdry Abd Halim (KRU)
5) Lagu Cina Persembahan Terbanyak - Fuying dan Sam dengan lagu 'Fen Kai Yi Hou'
6) Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi - Michael Wong dengan lagu 'Tong Hua'
7) Anugerah Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak - lagu 'I Got A Boy' nyanyian kumpulan Girl's Generation dari Korea Selatan 
8) Anugerah Nadi CiptaSaari Amri
UNDIAN PEMINAT ANUGERAH MACP 2014
9) Anugerah Komposer Muda Berpotensi penyanyi dan komposer Akim 
10) Anugerah Persembahan TerbanyakYuna bagi kategori lagu Inggeris 'I Wanna Go' 
11) Anugerah Persembahan Terbanyak - Zizan dan Kaka kategori lagu Melayu lagu 'Bawaku Pergi'.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now