Keputusan Rasmi Anugerah Perdana FFM26 Tahun 2014

ffm26
Keputusan Rasmi Anugerah Perdana FFM26 Tahun 2014 | Filem KIL arahan Nik Amir Mustapha diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, di sini, malam Sabtu.

Kemenangan itu menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Penanggal dan membolehkan Nik Amir membawa pulang trofi dan wang tunai.

Selain itu, Nik Amir turut meraih trofi Pengarah Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Menerusi KIL juga, Cristina Suzanne berjaya merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita.

Berikut ini senarai pemenang Anugerah Perdana FFM26:

Filem Terbaik
: KIL

Filem Bukan Melayu Terbaik: Paper Moon (Double Vision/Astro Shaw/Passion Entertainment)

Pengarah Filem Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Cerita Asal Terbaik: Mamat Khalid (Rock Oo)

Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Penanggal)

Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster 2)
Filem Box Office: Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Pelakon Lelaki Terbaik: Rusdi Ramli (Tanda Putera)

Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Penanggal)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)
Anugerah Kesan Khas Terbaik: Tanda Putera ( Pesona Pictures)
Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita: Datuk Rosnani Jamil

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Rahim Razali
Anugerah Khas Juri : Tanda Putera
Keputusan Anugerah FFM26 Malam Perasmian 29 Okt 2014 di SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now