Keputusan Rasmi Konsert Akhir AF2014

Konsert Akhir AF2014
Keputusan Rasmi Konsert Akhir AF2014 | Berikut adalah keputusan rasmi pemenang juara Konsert Final AF2014 yang berakhir malam ini.

Setelah mengharungi 10 minggu yang penuh cabaran, kini pentas akhir #AF2014 bakal menjanjikan kehebatan lima finalis berbakat dan hebat iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman untuk merebut gelaran juara AF2014.

Jika dilihat kepada persembahan kelima-lima finalis AF2014 ini masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri. Senarai lagu Konsert Akhir AF2014 ada di SINI.


Perjalanan Konsert Akhir AF2014 secara ringkas
Jihan Musa juga digandingkan bersama Zizan Razak dan Faisal Ismail untuk konsert Final AF2014.

Kedudukan undian sms sebelum konsert bermula
1. Adel
2. Firman
3. Aman
4. Ewal
5. Nuha

Adel memulakan persembahan dengan lagu inggeris "I Have Nothing" nyanyian dari Whitney Houstan
Undian dari Hafiz : 70% Stacy : 75%

Seterusnya Awal dengan lagu terbaru daripadanya "Kembalikan Semula" yang dicipta oleh DJ Fuzz dan lirik oleh saudara Adeep Nahar

Aman dengan lagu "Mewangi" yang dipopularkan oleh Akim Ahmad. 
Undian dari Hafiz : 70% Stacy : 78%

Nuha meneruskan lagu terbaru yang dicipta sendiri olehnya bertajuk "Pertama Kali".

Firman dengan lagu "Kejoraku Bersatu" nyanyian dari kumpulan Search.
Undian dari Hafiz : 75% Stacy : 90%

AFUNDI terkini : 

1. Firman
2. Adel
3. Ewal
4. Nuha
5. Aman


Persembahan Kedua
Adel dengan lagu terbarunya "Hati" yang dicipta oleh Kunci Demak. 

Ewal dengan persembahan terakhirnya membawakan lagu dari Hafiz Suip iaitu "Matahari". 
Undian dari Hafiz : 80% Stacy : 75%


Aman dengan lagu terbarunya "Without You" yang dicipta oleh Awie Rafael.

Nuha dengan lagu oleh 3 suara Ning Baizura , Shila Amzah dan Jaclyn Victor "Beribu Sesalan" tetapi beliau 3 kali terlupa lirik.

Persembahan finalis terakhir Firman dengan lagu terbaru yang dicipta oleh Dato' M.Nasir bertajuk "Di Pintu Mu".

KEPUTUSAN RASMI KONSERT AKHIR AF2014 (FINAL)
* Nuha dinobatkan menjadi pemenang Anugerah Personaliti D'Herbs dan disampaikan oleh Dato' Aliff Syukri pengasas D'Herbs - RM10,000

JUARA - FIRMAN : RM50,000, kereta Toyota Vios, pakej percutian dan trofi
KEDUA - AMAN : RM30,000, kereta MyVi, pakej percutian dan trofi
KETIGA - EWAL : RM20,000, pakej percutian dan trofi
KEEMPAT - NUHA : RM15,000, pakej percutian dan trofi
KELIMA - ADEL : RM10,000, pakej percutian dan trofi

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now