Komen Datuk Lee Chong Wei Gagal Isu Doping

Datuk Lee Chong Wei Gagal Isu Doping
Komen Datuk Lee Chong Wei Gagal Isu DopingUjian sampel B milik pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei seperti yang dilaporkan di SINI disahkan positif Dexamethasone.
Berikut adalah komen pertama Datuk Lee Chong Wei sejak gagal dalam ujian doping ini yang mengegarkan sukan tanahair dan antarabangsa seperti dipetik dari BH online 8 November 2014.
Pemain badminton negara yang diuji positif dadah, hari ini berkata dia tidak pernah menipu sepanjang kerjayanya badminton.
Komen Pertama Datuk Lee Chong Wei Gagal Isu Doping
"Saya melihat segala usaha sepanjang 15 tahun seperti tidak bermakna ketika ini.
Saya terasa kehidupan saya seperti sudah musnah dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan."Saya tak pernah menipu atau pun membuat percubaan untuk menipu dan ini seperti panahan petir.....membinasakan segala-galanya yang sudah saya bekerja keras selama ini
"Saya adalah seorang mempercayai kepada usaha gigih dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan dan dakwaan seperti ini membuat saya buntu dan terperanjat," 
kata pemain badminton tersohor negara itu kepada blogger sukan, Satwant Singh Dhaliwal di ssdhaliwal.blogspot.com, hari ini.

Anda boleh baca penuh komen Datuk Lee Chong Wei di SINI

Berikutan surat yang diterimanya memberitahu keputusan ujian berkenaan, pemain itu berkata isterinya mencadangkan dia bercuti di luar negara dan membiarkan pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian.
"Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) secara peribadi banyak membantu saya dalam mengharungi situasi sekarang dan saya amat menghargai bantuan bermakna daripada beliau.
"Dia membantu dan memberi saya nasihat baik bagaimana mahu menangani perkara ini," kata pemain negara itu.
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria, hari ini mengumumkan hasil ujian doping Sampel B milik ikon badminton negara disahkan mengandungi dadah jenis 'deksametason'.
Beliau turut menambah, mengikut peraturan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) Perenggan 14.3 berkaitan Huraian Am, pihaknya tidak dibenarkan mendedahkan nama atlet berkenaan sehingga proses pendengaran selesai.
Norza juga berkata, pemain negara itu digantung daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga selesai proses pendengaran isu doping.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now