Laluan JDT Di Play-Off Asian Champion League 2015

JDT Asian Champion League 2015
Berikut adalah info penting untuk penyokong setia JDT yang dipetik dari FB JDTFC mengenai cabaran pasukan JDT di Asian Champion League 2015 (ACL 2015).

Berdasarkan ranking MA oleh AFC, Malaysia dapat 1 slot play-off Asian Champion League 2015.

JDT akan mewakili Malaysia di saingan ACL. Ranking MA malaysia ialah 22 daripada top 24 negara. Jadi, dapat 1 slot sahaja. Cuma slot round 
So, JDT akan bermula dari ROUND 1. Ada 3 round yang perlu ditempuhi untuk layak ke saingan sebenar Asian Champion League 2015. (Kalah Mati). Jadi WAJIB menang jika mahu ke round seterusnya.

ROUND 1 ASIAN CHAMPION LEAGUE 2015
6 pasukan akan berentap di Round 1 Play-Off ACL bahagian Asia Timur. (negara dari Asia Timur)
6 pasukan itu ialah JDT, Kitchee FC (Hong Kong), Persib Bandung (Indonesia), Yadanarbon (Myanmar), Warriors (Singapore) dan Bengaluru (India).
Lawan JDT di round 1 belum diketahui lagi kerana undian akan bermula pada 11 Disember 2014 pada pukul 4 ptg.

ROUND 2 ASIAN CHAMPION LEAGUE 2015
Layak ke round 2 ?
Tahniah.. JDT akan bertemu sama ada 2 kelab Thailand atau 1 kelab Vietnam. 3 Kelab ni dapat bye dan tengah tunggu di round 2.
Kelab yang tunggu di round 2 ialah Bangkok Glass (Thailand), Chonburi (Thailand) dan Hai Phong (Vietnam).

ROUND 3 ASIAN CHAMPION LEAGUE 2015
Layak ke round 3 ?
Tahniah.. maka, JDT akan bertemu dengan 2 Kelab China, 1 kelab Australia.
Kelab-kelab yang tunggu di round 3 ialah Guangzhou R&F dan satu lagi nama kelab china tidak diketahui serta kelab dari Australia, Central Coast Mariners FC.
Menang di round 3 ?
Tahniah... JDT layak ke saingan peringkat kumpulan di Asian Champion League 2015 !! Maka, Selangor akan menyertai Pahang beraksi di AFC Cup 2015 selaku naib juara liga super.

Tarikh perlawanan play-off ACL
4 Februari 2015: Round 1
10 Februari 2015: Round 2
17 Februari 2015: Round 3

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now