Lima Filem Tempatan Paling Tidak Untung 2014

hantu bukit cina
Filem tempatan dengan kutipan terendah tahun 2014. Antara filem tempatan yang menduduki tangga kutipan terendah pada tahun 2014 ini menurut - Yahoo Entertainment Malaysia adalah:
Khaithin Agarathi (RM3,132) 
Angka yang amat menyedihkan buat filem Tamil tempatan edaran D'Cinema Sdn Bhd ini kerana hanya berjaya mengutip sekitar RM3,132 sahaja.
Filem lakonan para pelakon tempatan ini telah diarah oleh Seenu dan diterajui oleh Aghonderan Sahadevan dan Gantiban Ben sebagai bintang utama.
Ternyata majoriti peminat filem Tamil lebih menyukai filem keluaran antarabangsa mungkin berbanding filem-filem Tamil tempatan.
Dangerously Love (RM12,069) 
Pemilihan Adam AF sebagai hero filem ini di kala popularitinya tidak sehebat di awal kemunculannya ketika menyertai program Akademi Fantasia mungkin menjadi faktor filem ini tidak mendapat sambutan hangat.
Karya sutradara pengarah Yusof Kelana ini menceritakan pasangan kekasih yang terpisah akibat faktor geografi di antatara Malaysia dan Vietnam.
Turut dikenali sebagai "Bahaya Cinta", filem ini juga dibintangi oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Nguyen Duc Hung aktres Vietnam dan juga Dewi Armanda dari Indonesia.
Goal (RM16,174) 
Sekali lagi filem Tamil menduduki tangga tercorot dalam senarai kutipan di pawagam apabila karya K.Guna in kurang mendapat perhatian peminat filem Tamil tempatan.
"Goal" lakonan Uthaya, Chinni Jayanth, Singamuthu, Nalini dan ramai lagi mengisahkan sebuah pasukan futsal yang dikenali sebagai Black Horses telah ditubuhkan oleh sekumpulan remaja yang berasal dari keluarga miskin.
Sukar mendapat tajaan daripada mana-mana pihak, mereka bertungkus lumus untuk memenangi setiap kejuaraan dengan dilatih oleh seorang jurulatih yang tua dan pernah popular suatu ketika dahulu.
Three Geniuses (RM21,726) 
Bertemakan aksi dan sains fiksyen, filem ini bagaimanapun kurang berjaya menarik penonton ke pawagam kerana masih di tahap biasa-biasa sahaja, tiada apa yang boleh dibanggakan.
Filem arahan P.K. Rhaj ini mengisahkan tiga pelajar sekolah yang pintar iaitu Gautham, Ghani dan Grace yang berjaya mencipta sekeping cip yang boleh dimasukkan ke dalam tubuh badan manusia.
Walaupun berjaya mencipta sejarah apabila menjadi filem sains fiksyen pertama Malaysia yang diterbitkan di dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu, namun filem yang dibarisi oleh K. Bhagyaraj, Shashi Tharan dan Don Prasna ini masih kurang mendapat sambutan.
Hantu Bukit Cina (RM29,698) 
Khabarnya filem arahan TS Jeffry dan Norliza Ismail ini pernah ditangguh sehingga dua tahun sebelum disiapkan sepenuhnya dan ditayangkan di pawagam.
Walaupun genre seram komedi seringkali menjadi pilihan penonton tempatan, namun "Hantu Bukit Cina" hanya mampu mengutip keuntungan hampir RM30,000 sahaja.
Filem lakonan Fouziah Gous, Siti Fazurina, Gambit Saifullah dan ramai lagi ini mengisahkan kehidupan penduduk di Kampung Bukit Cina yang damai namun masih ada misteri yang tidak berani dikupas oleh mereka sehinggalah seorang penduduk telah dirasuk!
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now