Malaysia Kena Belasah Di Piala Axiata 2014

keputusan Piala Axiata 2014

Selepas menang selesa dalam 2 perlawanan pertama sebelum ini, skuad badminton Malaysia di Piala Axiata 2014 tumpas apabila dibelasah Indonesia 4-0 dalam perlawanan di Britama Arena, Jakarta hari ini.

Malaysia sebagai penyandang juara Axiata Cup gagal menyerlah apabila tewas semua perlawanan menerusi keputusan straight-set.

Berikut adalah keputusan perlawanan Malaysia Vs Indonesia Piala Axiata 2014 Perlawanan Ketiga

1) Chong Wei Feng tumbang 19-21, 11-21 kepada Dionysius Hayom Rumbaka dalam masa 38 minit.

2) Tee Jing Yi kalah mudah 8-21, 10-21 kepada Bellaetrix Manuputy 

3) Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong tewas 17-21, 13-21 di tangan Muhammad Ahsan-Markis Kido 

4) Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tumpas 13-21, 16-21 kepada Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir

Kekalahan ini meletakkan Malaysia kini di tangga ketiga dalam pusingan round-robin di belakang Indonesia dan Thailand. Empat pasukan terbaik akan melayakkan diri ke separuh akhir.

Pasukan negara masih berpeluang untuk layak sekiranya mencatat keputusan baik dalam empat lagi baki perlawanan. Mereka akan berdepan Thailand esok, diikuti Europe All Star (Isnin), Filipina (Selasa) dan Singapura, Rabu depan. 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now