Minyak RON95 Turun Harga Jika ..

Minyak RON95 Turun Harga
Adalah menjadi harapan semua rakyat Malaysia untuk melihat harga minyak kegunaan utama masa kini iaitu RON95 untuk turun. Dan harapan ini mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong.berkata yang Kerajaan mungkin akan mengkaji untuk menyelaraskan harga petrol RON95 jika harga minyak mentah dunia antara AS$70 (RM235) dan AS$75 (RM252) setong.
Untuk makluman, harga minyak mentah Brent terkini adalah AS$78 (RM262) setong pada Rabu.
"Jika harga terus jatuh, sudah tentu Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan sama ada menyelaras harga RON95 sekali lagi."Jika ia turun di bawah harga tertentu, maka tiada lagi subsidi akan diberikan," 
Harga subsidi bagi RON95 terkini adalah RM2.30 seliter dan RM2.58 seliter tanpa subsidi.
Kerajaan berharap kereta-kereta mewah dan yang mempunyai CC yang besar akan menggunakan RON97. Harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.75/liter kepada RM2.55/liter di seluruh negara hari ini seperti dilaporkan di SINI..
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now