Pandangan Pakar Jika Wanita Kahwin Lelaki Muda

wanita kahwin lelaki muda
Pandangan Pakar Jika Wanita Kahwin Lelaki Muda Saya berusia 40 tahun, tapi belum berkahwin. Sebenarnya seperti perempuan lain, saya memang ingin didekati lelaki dan seterusnya menghalalkan hubungan kami.

Sebelum ini memang ada lelaki yang mendekati saya sehingga ada yang pernah melamar saya, tapi disebabkan tidak yakin kerana kurang serius lelaki terbabit, maka hubungan terputus begitu saja.

Lelaki yang pernah berkawan dengan saya semuanya lebih muda daripada saya. Sebelum ini, komitmen saya lebih kepada ibu, tapi dia sudah meninggal tahun lalu.

Selepas itu saya tinggal seorang sebab semua kakak dan abang sudah berumah tangga.

Masalah saya Dr, saya sekarang didekati oleh seorang lelaki yang jauh lebih muda daripada saya.

Saya dapat agak usianya dalam lingkungan 24 hingga 26 tahun. Jadi dalam jarak 16 atau 14 tahun lebih muda daripada saya membuatkan saya dalam dilema untuk menerimanya.

Sebagai perempuan saya memang suka apabila ada lelaki yang mendekati saya. Namun, masalahnya saya kurang rasa yakin dan mudah berfikir yang bukan-bukan (seperti keluarga dia akan terima atau tidak).

Hal ini menyebabkan saya susah untuk menunjukkan tindak balas yang saya juga ada perasaan pada dia.

Jadi, dalam hal ini saya sangat berharap pendapat dan nasihat Dr agar saya ada rasa yakin bagi membalas pandangan si dia. Saya terfikir sekiranya lama sangat (tiada tindak balas), nanti dia berasa bosan pula. Wassalam!
Nora
Kuala Lumpur

Perkahwinan tidak mengenal jarak usia. Dalam masyarakat kita sendiri ada pasangan yang berkahwin sebaya dan ada yang sebaliknya. Terdapat pasangan yang suaminya lebih tua dan ada pasangan yang isterinya lebih tua.
Hal ini berlaku kepada Nabi Muhammad SAW sendiri apabila isteri baginda, Khadijah sudah berusia 40 tahun manakala Nabi kita berusia 25 tahun sewaktu pernikahan baginda.

Perkara ini mungkin terjadi dalam hidup anda. Dengan itu terima jodoh berkenaan dengan hati terbuka. Usah dihiraukan terhadap kata-kata orang dan perasaan yang bukan-bukan.

Inilah yang dikatakan jodoh selepas lama hidup membujang dan berbakti kepada keluarga.

Tentulah sebelum menerima sesiapa pun anda perlu memastikan kesungguhan pemuda terbabit, sama ada dia serius atau hanya sekadar main-main. Biasanya soal perkahwinan bukan soal main-main.

Saya berpendapat pemuda terbabit serius untuk mengambil anda sebagai isteri.
Seterusnya rancanglah perkahwinan secepat mungkin kerana perkara yang baik hendaklah disegerakan. Selain itu, berserahlah kepada Allah - myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now