Permohonan ILJTM 2017 Online - ILP, ADTEC Dan JMTI

Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online. Belajar di ILJTM adalah antara pilihan pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST di Malaysia. Berita baik seperti dikongsikan dari FB ILJTM, permohonan kemasukan ke ILP, ADTEC dan JMTI sesi Julai 2017 boleh dimohon secara online bermula dari 17 Mac hingga 18 April 2017. Permohonan adalah untuk kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

  • Kemasukan ILJTM Mac 2017 : Permohonan kemasukan pelajar baru ke ILJTM Sesi Januari 2018 dijangka akan dibuka pada hujung September 2017. Sila layari laman web JTM untuk info terkini dari masa ke semasa.

Panduan Permohonan Ke ILJTM Online

Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online - ILP, ADTEC Dan JMTI

Pengambilan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Tujuan ILJTM ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.

Permohonan kemasukan ILJTM boleh di buat menggunakan Aplikasi Atas Talian (online) seperti berikut :- 

Tarikh Penting Permohonan ILJTM Sesi Julai 2017


Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan ILJTM sesi Julai 2017 :-
  • 17 Mac 2017 : Sistem Permohonan Online dibuka
  • 28 April 2017 : Sistem Permohonan Online ditutup
  • 5 Mei 2017 : Semakan Senarai Temuduga (kursus bertanda #)
  • 15/ 16 Mei 2017 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  • 5 Jun 2017 : Hebahan Keputusan Permohonan
  • 5-15 Jun 2017 : Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
  • 9-10 Julai 2017 : Pendaftaran Pelajar Baharu 
PERINGATAN: Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan perlu disemak di laman web ini sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

Senarai ILJTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Pada masa kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Jangkamasa kursus yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

Halatuju Pelajar ILJTM

Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.

Selamat membuat permohonan ke ILJTM secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda. 

0 comment... add one now