Panduan Permohonan Kemasukan KV Dan SMT 2015

Panduan Permohonan Kemasukan KV Dan SMT 2015
Soalan Yang Biasa Ditanya Dalam Permohonan KV Dan SMT 2015 (Q&A) | Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2015 telah di buka bermula dari 3 November hingga 14 Disember 2014. Untuk keterangan lanjut permohonan boleh klik di SINI

Berikut adalah soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pemohon berkenaan permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2015 yang dipetik dari applikasi permohonan FAQ untuk panduan semua. Moga bermanfaat.

PERSOALAN SERING DITANYA (FREQUENTLY ASK QUESTION)

1. Bilakah permohonan online dibuka dan tarikh tutup permohonan ?
Permohonan online dibuka mulai 3 November 2014 dan tarikh tutup permohonan pada 14 Disember 2014, jam 11.59 malam.

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
Program yang ditawarkan ialah :

a) Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)
Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran
Malaysia)
b) Program Apprenticeship atau Kemahiran (menjurus kepada Sijil Profesional
GIATMARA atau Sijil Kemahiran Malaysia)

3. Apakah bidang dan kursus yang ditawarkan?
Kursus dan bidang yang ditawarkan boleh disemak dalam maklumat institusi dan kursus tawar yang disediakan di paparan muka hadapan online (info kemasukan) - KLIK SINI

4. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan?
Syarat umum dan khusus boleh disemak dalam syarat permohonan yang disediakan di paparan muka hadapan online (info kemasukan). KLIK SINI

5. Adakah asrama disediakan?
Asrama disediakan berdasarkan program dan institut yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama.

6. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?
Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat
http://www.moe.gov.my mulai 1 Januari 2015 hingga 11 Januari 2015. Calon
disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info
terkini.

7. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ?
Bagi kemasukan ke Program Kolej Vokasional, tarikh pendaftaran pada
12 Januari 2015.

Bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), tarikh pendaftaran pada
26 Januari 2014.

8. Adakah rayuan boleh dibuat?
Calon boleh hadir terus ke institut yang terlibat untuk membuat rayuan.

9. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan?
Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kursus di bahagian info kemasukan.

Hilangkan Jerawat dan Kulit Berminyak Seawal 3 Hari. KLIK SINI !!! SINI



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now