Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2015 Online


Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2015 Online untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sesi 2015 akan dibuka pada 26 November 2014 hingga 8 Disember 2014.

Permohonan Kemasukan Ke Asrama Semai Bakti Felda 2016 boleh di rujuk di ASBF 2016

CARA-CARA MEMOHON ASBF 2015
1) Permohonan boleh dibuat hanya secara online di http://asbfonline.felda.net.my/
2) Semakan panggilan temuduga boleh disemak pada 12 Disember 2014 manakala keputusan permohonan boleh disemak pada 19 Disember 2014 di http://asbfonline.felda.net.my/
3) Hanya pemohon yang layak akan dihubungi untuk temuduga mengikut tarikh yang dinyatakan dalam surat panggilan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1) Berstatus ANAK/WARIS PENEROKA atau ANAK KAKITANGAN FELDA
2) Sihat tubuh badan dan disahkan oleh pegawai perubatan
3) Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah
4) Gred minima keputusan UPSR 2014 - 3A 2B dengan subjek Matematik dan Sains wajib dapat Gred A
5) Mendapat markah yang tinggi dalam temuduga

Maklumat Tambahan Untuk Permohonan Asrama Sri Semai Bakti Felda Kuantan
1) Mulai tahun 2015,  Asrama Sri Semai Bakti Felda Kuantan menawarkan kelas Al-Quran dan Tahfiz untuk kemasukan pelajar baru yang berminat dan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Asrama Semai Bakti FELDA

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 19 November, 2014
perkongsian yang bermanfaat buat mereka yang berkenaan... terima kasih di atas perkongsian...