Permohonan UMK Februari 2018 Ijazah Sarjana Muda

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Februari 2018. Satu lagi permohonan kemasukan pengambilan kedua Universiti Awam (UA) untuk Program Ijazah Sarjana Muda kini dibuka. Kepada lepasan Diploma/ setaraf yang berminat dan berkelayakan serta telah menamatkan pengajian. Anda boleh membuat permohonan UMK (Universiti Malaysia Kelantan) ambilan Februari 2018 dengan mengisi borang permohonan yang dikongsikan di bawah ini secara manual.

Syarat kemasukan juga ada dikongsikan untuk panduan pemohon. Tarikh tutup permohonan UMK sesi Februari 2018 adalah pada 31 Disember 2017.


borang Permohonan kemasukan universiti malaysia kelantan Februari 2018

Permohonan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ambilan Februari 2018 Ijazah Sarjana Muda

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan UMK ambilan Februari 2018 untuk program Ijazah Sarjana Muda. 

  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2017
  • Syarat Am : Terbuka Kepada pelajar lepasan Diploma/ setaraf yang telah menamatkan pengajian

Borang Permohonan UMK Februari 2018

Pelajar perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun/ download di UMK Februari 2018

Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen seperti berikut:-
  1. Kad Pengenalan Pemohon 
  2. Kad Pengenalan Ibu dan Bapa 
  3. Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa 
  4. Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/Setaraf Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan 
Nota : Semua dokumen di atas hendaklah disahkan

Pemohon boleh menghantar permohonan UMK 2018 melalui 2 kaedah iaitu :-
  1. scan dan e-mel borang dan dokumen ke akademik@umk.edu.my atau
  2. dipos ke alamat 
Bahagian Pentadbiran Akademik 
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, 
Beg Berkunci No. 01 
16300 Bachok Kelantan 
Tel : 09-7797023 / 7010 / 7027 Faks : 09-7797002 

Nota : Borang berserta dokumen yang lengkap mestilah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember 2017. 

Program Yang Ditawarkan Di UMK Ambilan Februari 2018

Sebelum membuat permohonan, pastikan pemohon telah terlebih dahulu mengenal pasti senarai program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pilihan yang telah ditetapkan. 

Nota : *Sila pastikan pemilihan setiap program memenuhi keperluan Syarat Am dan Syarat Khas Kemasukan. Layari : semakan syarat kelayakan

Diantara Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan pada ambilan kedua Februari 2018 adalah seperti berikut :-

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (PROGRAM TEMUDUGA)** 

  1. SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN 
  2. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERUNCITAN) DENGAN KEPUJIAN 
  3. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN 
  4. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (LOGISTIK & PERNIAGAAN PENGEDARAN) DENGAN KEPUJIAN 
  5. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN** (Dibuka untuk pengambilan September sahaja) 

FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN

  1. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (HOSPITALITI) DENGAN KEPUJIAN 
  2. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN 
  3. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (KEUSAHAWANAN KESIHATAN) DENGAN KEPUJIAN 

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI 

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN 
  2. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PRODUK) DENGAN KEPUJIAN 
  3. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (AGROTEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN 
  4. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (JAMINAN MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN 

FAKULTI SAINS BUMI 

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (GEOSAINS) DENGAN KEPUJIAN 
  2. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS KELESTARIAN) DENGAN KEPUJIAN 
  3. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS SUMBER ASLI) DENGAN KEPUJIAN 

FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI 

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BIOINDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BAHAN) DENGAN KEPUJIAN 
  2. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI SUMBER HUTAN) DENGAN KEPUJIAN 
Selamat membuat Permohonan UMK Februari 2018 Ijazah Sarjana Muda. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Univeristi Malaysia Kelantan untuk program pengajian yang diminati.

0 comment... add one now