Projek 1BestariNet KPM Tidak Capai Objektif

1BestariNet
Siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara menyatakan Projek 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mencapai objektif yang disasarkan.
Sasaran tempoh dua tahun setengah untuk menyediakan khidmat jalur lebar 4G serta Platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada 10,000 sekolah di seluruh negara tidak tercapai.
Antara masalah utama Projek 1BestariNet KPM adalah seperti berikut :-
1) Sambungan jalur lebar di hampir 90 peratus daripada 46 sekolah yang diuji adalah 'tidak memuaskan'
2) 58 peratus daripada 501 sekolah memaklumkan bahawa 1BestariNet tidak dapat digunakan di seluruh kawasan sekolah mereka.

Untuk info, Projek 1BestariNet KPM dikendalikan oleh syarikat YTL Communications Sdn Bhd pada 2011. Projek ini telah dilaksanakan sebelum guru dan pelajar dilatih sepenuhnya mengguna VLE.
"Penggunaan VLE oleh guru, pelajar dan ibu bapa adalah sangat rendah, 0.01 hingga 4.69 peratus," 

Cadangan Jabatan Audit Untuk Penambahbaikan Projek 1BestariNet KPM
1) mengesyorkan agar kementerian menyediakan garis panduan yang betul berkaitan VLE kepada semua sekolah yang boleh digunakan oleh guru, pelajar dan ibu bapa 

2) Pejabat Perdana Menteri hendaklah melakukan pemeriksaan bebas terhadap penggunaan VLE dan jaringan internet  untuk memastikan akses yang memuaskan.
Punca Lain Gagal Capai Objektif 
Kementerian Pendidikan menjelaskan kegagalan mencapai objektif projek 1BestariNet kerana kelewatan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri meluluskan permit pembinaan menara di lokasi yang ditetapkan.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now