PROTON We-Care Prihatin Banjir Tawar Diskaun 20 Peratus

PROTON We-Care Prihatin Banjir
Program "PROTON We-Care Prihatin Banjir" diaktifkan semula oleh Proton Holdings Bhd bagi mengurangkan beban mangsa banjir di seluruh negara.
PROTON We-Care Prihatin Banjir menawarkan diskaun 20 peratus dari jumlah kos pembaikan kepada pelanggan yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir.
"Program yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 15 Mac, 2015, akan juga termasuk penilaian kerosakan, perkhidmatan pemeriksaan secara percuma dan bantuan menunda dari lokasi terjejas ke 67 pusat perkhidmatan Proton terpilih di seluruh negara.
Pemilik Proton boleh menghubungi pusat Proton We-Care di 1800-888-398 untuk pertanyaan, bantuan dan perkhidmatan tunda.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now