Punca Singapura Larang Penyokong Harimau Malaya Masuk?

Piala AFF Suzuki 2014
Belum lagi perlawanan panas antara Singapura dan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2014 berlangsung sudah berlaku kekecohan di laman sosial kononya Singapura melarang penyokong Malaysia untuk masuk ke Singapura.

Tindakan pihak berkuasa Singapura ini menimbulkan kemarahan para penyokong Malaysia dan mencetus kekecohan dalam kalangan komuniti media sosial yang seterusnya menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menuntut penjelasan dari Singapura menjelaskan kekecohan insiden ini.

Difahamkan sekumpulan penyokong bola sepak Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Singapura melalui Tuas, Ahad lalu. Khairy melalui entri terkini di Facebook beliau, menyatakan bahawa telah menerima maklumat mengenai kumpulan penyokong berkenaan yang ditahan dan dilarang memasuki Singapura untuk menonton perlawanan Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Myanmar.

Gambar notis larangan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura turut dimuat naik dan menjadi viral di media sosial.


Facebook Khairy Jamaluddin AFF 2014


 

“Pejabat saya telah menulis kepada pihak berkuasa di Singapura untuk mendapatkan penjelasan kenapa penyokong Malaysia diberi layanan yang begitu teruk sekali sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura untuk menyokong pasukan kebangsaan.
“Padahal saya dimaklumkan bahawa penyokong Myanmar dapat membanjiri Stadium Jalan Besar di Singapura, siap lagi dengan kain rentang dan bendera gergasi negara mereka.
“Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia,” 

Apakah respons pihak Singapura kita sama-sama nantikan dan KJ berjanji untuk memaklumkan jawapan yang diberi oleh Singapura kepada semua orang termasuk maklum balas daripada pihaknya. Astro Awani dengan sedikit olahan Rossa Calla

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now