Ratu Cantik Muslimah Sedunia 2014 Milik Fatma Ben Guefrache

Fatma Ben Guefrache
Fatma Ben Guefrache, 25 tahun dari Tunisia telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Muslimah Sedunia 2014 yang berlangsung di Indonesia pada Sabtu 22 November 2014.
Beliau yang juga saintis komputer berjaya membawa pulang hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas dan pakej umrah. Mesej pembebasan Palestin yang disuarakan beliau membawa tuah apabila berjaya menewaskan 17 wakil negara lain.
Pertandingan Ratu Cantik Muslimah Sedunia 2014 adalah berbeza dengan pertandingan ratu cantik barat. Antara syarat-syarat pertandingan adalah :
1) Peserta wajib memakai tudung
2) Peserta di nilai dari segi penampilan, kebolehan membaca al-Quran dan pandangan mengenai Islam dalam dunia moden.
Penyertaan  Ratu Cantik Muslimah Sedunia 2014 kali ini adalah seramai 18 orang finalis dari seluruh dunia.
"Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria," kata Fatma Ben Guefrache dalam nada sebak.
Fatma Ben Guefrache

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now