Rebat Tol Di Plaza Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau Sehingga Hujung Tahun

rebat tol
Rebat Tol Di Plaza Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau Sehingga Hujung Tahun Berita baik bagi pengguna tol elektronik apabila PLUS melalui kenyataan Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata tawaran rebat untuk pengguna tol elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan terus menikmati rebat sehingga 30 peratus sehingga hujung tahun ini.

Tawaran Rebat Plaza Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau
- Bermula 1 September hingga 31 Disember 2014
- Tawaran rebat terpakai kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad Plusmiles, Touch ‘n Go atau SmartTag
Rebat 30 peratus pada pada bukan waktu puncak iaitu antara 10 pagi hingga 3.59 petang dan 10 malam hingga 5.59 pagi
- Rebat 10 peratus pada waktu puncak antara 6 pagi hingga 9.59 pagi dan 4 petang hingga 9.59 malam
- Penjimatan purata RM40 sebulan
- Manfaat 842,00 pemegang kad Plusmiles dan Touch ‘n Go

Promosi PLUS lain
- Penjualan SmartTag dengan harga promosi RM99 berbanding harga asal RM120 seunit selagi stok masih ada. 

- Harga promosi hanya diberikan kepada orang ramai yang menambah nilai kad sebanyak RM30 di Pusat Khidmat pelanggan Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Subang dan Setia Alam

- Penjualan kad Plusmiles dan Touch ‘n Go (dengan nilai prabayar RM5) dengan harga promosi RM5 di lorong-lorong tambah nilai dan Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di keempat-empat plaza tol berkenaan. 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now