Resipi Aiskrim Goreng Sedap

Resepi aiskrim goreng sedap. Sudah cuba aiskrim goreng buatan sendiri? Ya selalunya ais krim goreng ini boleh dibeli di pasar raya.
Resipi Aiskrim Goreng Sedap
Jom belajar resipi cara buat aiskrim goreng cara mudah dan sedap yang dipetik daripada majalah Mingguan Wanita dan blog Kongsi Resepi.

RESIPI AISKRIM GORENG SEDAP CARA 1

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping putih roti.
  • Ais krim berperisa mengikut citarasa anda.
  • Cawan yang sederhana besar. 

Cara membuat:

1. Letakkan satu sudu ais krim ke atas lapisan roti pertama. Jangan letak aiskrim terlalu banyak bimbang sukar ditutup rapat.
2. Letakkan lapirann roti kedua iaitu roti bahagian atas.
3. Ambil cawan,kemudian terbalikkan dan terapkan pada roti kuat-kuat sehingga menjadi bentuk bulat.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk beku semalaman.
5. Panaskan minyak dan goreng tidak lebih 10 saat. Pastikan minyak panas sebelum menggoreng.

RESIPI AISKRIM GORENG SEDAP CARA 2

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Selamat mencuba! 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now