Semakan PLKN Online SMS Nama Terpilih Dan Penempatan

Semakan PLKN Online Dan SMS. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan PLKN Nama terpilih dan penempatan untuk PLKN 2017 atau PLKN 2.0 (Kumpulan 1 Siri 14/ 2017). Untuk makluman, modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0

semak plkn

Semakan PLKN Online Dan SMS Nama Terpilih Dan Penempatan

Pemlihan PLKN akan dibuat secara pilihan rawak wajib. Pihak sekolah akan mencalonkan pelajar Tingkatan 5 kepada mereka yang tidak menyambung pelajar ke IPT. Pelajar yang berminat untuk menyertai PLKN secara sukarela pula boleh menghubungi pihak sekolah masing-masing.
  • Untuk makluman, calon yang terpilih untuk menyertai PLKN 2017 akan dihubungi melalui surat rasmi.

Penempatan Pelatih PLKN 2017

Semakan bagi penempatan pelatih PLKN 2017 boleh dibuat di link di bawah ini.
Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan PLKN Siri 14/ 2017 mengikut kumpulan:-
  • Kumpulan 1 18 Mac sehingga 16 Mei 2017
  • Kumpulan 2 : 15 Julai sehingga 12 September 2017
  • Kumpulan 3 : 30 September sehingga 28 November 2017

Semakan SMS

  • SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH

Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2017, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara di bawah ini atau No. Tel. Call Centre 03-40274747 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
http://www.khidmatnegara.gov.my/

Makluman Pengambilan Pelatih

Semakan PLKN 2016 : Senarai Nama Terpilih Dan Penempatan

Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun 2016 akan diberi nafas baru dengan pengambilan di buat secara sukarela seperti diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi ditawarkan mengikuti PLKN.
"Pelatih yang berminat boleh menawarkan diri melalui portal dalam talian JLKN ataupun melalui kaunter pameran PLKN di peringkat negeri" 

Jangkaan seramai 20,000 pelatih dari seluruh negara akan menyertai PLKN 2.0 mulai Mac 2016 yang akan melibatkan sebanyak 81 buah kem PLKN.

Fasa PLKN 2.0

Berikut dikongsikan 2 fasa yang akan dilaksanakan dalam PLKN 2.0 bermula 26 Mac 2016 :-
fasa plkn 2
 Selamat membuat Semakan PLKN Online SMS Nama Terpilih Dan Penempatan.

{ 12 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 14 Januari, 2015
bila tarikh semakan plkn 2015 kumpulan 2 boleh dibuat
Aina Noah Aina Noah 15 Januari, 2015
i think utk penempatan kump 2 , bulan 2 nie bru leh cek
geoffrey george geoffrey george 28 Januari, 2015
Aku dh tak sabar nak pergi dh nie...mesti best kn?
geoffrey george geoffrey george 28 Januari, 2015
Aku pun rasa mcm tu juga..puas dah aku chek tp tak juga dpt...
Tanpa Nama Tanpa Nama 13 Februari, 2015
betul ke yang plkn 2015 ditangguh??? Saya perlukan kepastian...
amir farhan amir farhan 08 Mac, 2015
Saya ada kawan yang dah balik dari kumpulan 1, dia cakap kumpulan 2 dan 3 ditangguhkan sampai tahun hadapan. betul ke? nak tau kepastian . dan bila boleh semak penempatan?
Rossa Calla Rossa Calla 08 Mac, 2015
Ya PLKN 2015 telah ditangguhkan sila rujuk http://www.hmetro.com.my/node/25284
amir farhan amir farhan 11 Mac, 2015
So That Was Mean This Year Tak Ada La? next year baru sambung balik yer?
Unknown Unknown 10 Disember, 2015
Bila boleh cek plkn??cmna nk tahu dpt ke xx??


Unknown Unknown 11 Disember, 2015
bile boleh tahu dapat ke tak plkn sesi 2016
Yy Punk Yy Punk 06 Mac, 2016
Nk tnya .. Bgi mreka yg trsenarai kmpulan 2 dan 3 plkn 2015 memang dh tk trsenarai ka dlam plkn 2.0 ni?
Tanpa Nama Tanpa Nama 27 September, 2016
yes, plkn is best.. ^^ sudah pergi 2013.