Senarai Jalan Ditutup Kerana Banjir Di Terengganu Nov 2014

Jalan tutup Kerana Banjir Di Terengganu Nov 2014
Banjir yang kini melanda Terengganu telah menyebabkan beberapa jalan di ditutup kepada kenderaan setelah dinaiki air antara 0.3 hingga satu meter.

Beberapa jalan utama sekitar tiga daerah terutama di Kuala Terengganu terjejas teruk dengan lima laluan ditutup setakat pukul 3 petang ini. Perkara ini dimaklumkan oleh Jurucakap bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu.

Laluan Ditutup Di Kuala Terengganu

1) Simpang tiga ke Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin; 
2) Jalan Kubang Tangga; 
3) Jalan Bukit Berangan-Bukit Nenas; 
4) Jalan utama berdekatan pasaraya Hock Kee Seng; dan 
5) Laluan Gong Badak ke Tok Jembal.

*Jalan pantai dari Pak Tuyu ke Batu Rakit pula ditutup sejak awal pagi tadi setelah runtuh kerana saluran air bawah tanah,” 

Laluan Ditutup Di Marang
1) Simpang susur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Payong ditutup kepada semua kenderaan ringan setelah dinaiki air setinggi 0.4 meter.

Laluan Ditutup Di Hulu Terengganu
1) Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong berdekatan Kampung Kuala Ping yang dinaiki air setinggi 0.5 meter dan ditutup kepada semua kenderaan.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now