Senarai Jalan Ditutup Sempena Majlis Perkahwinan DiRaja TMJ 8 Nov 2014

perkahwinan tmj
Senarai Jalan Ditutup Sempena Majlis Perkahwinan DiRaja TMJ 8 Nov 2014 Ketua Polis Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata, 10 jalan utama di bandar raya Johor Bahru akan ditutup kepada lalu lintas bersempena Majlis Istiadat Persandingan Mempelai Diraja Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda di Istana Besar Sabtu ini, 8 November 2014.

Berikut adalah jalan-jalan yang akan ditutup bermula jam 5 petang sehingga tengah malam 8 November 2014


1) persimpangan Jalan Tun Razak-Pantai Lido, 
2) susur Jalan Tun Razak-Pantai Lido, 
3) Lebuh Raya Pantai-Pantai Lido, 
4) lampu isyarat Country Garden, 
5) lampu Isyarat Hotel M-Suites, 
6) Jalan Thompson-Jalan Skudai Pantai Lido;
7) Jalan Abu Bakar-Jalan Skudai Pantai Lido, 

8) Jalan Gertak Merah-Jalan Skudai Pantai Lido, 
9) persimpangan Tun Sri Lanang (Bangunan Lot1)- Lampu Isyarat Gertak Merah 10) Jalan Molek-Lampu Isyarat Jalan Gertak Merah.

Berikut adalah jala alternatif ke pusat bandar raya iaitu 

1) Jalan Kolam Ayer, 
2) Jalan Tun Abdul Razak, 
3) Jalan Lingkaran Dalam/Susur Jalan Mahmoodiah, 
4) Jalan Wong Ah Fook, 
5) Jalan Gertak Merah-Pusingan U ke Jalan Lingkaran Dalam dan 
6) Jalan Datin Halimah.

* Nota - Bazar Karat yang diadakan di Jalan Wong Ah Fook akan ditutup pada 8 November 2014

Panduan Untuk Orang Ramai  
Orang ramai berpeluang melihat TMJ dan Che Puan Khaleeda menaiki kereta tidak berbumbung yang akan bergerak dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar, yang dijangka bermula 7.30 malam.

Mereka boleh berhimpun di sepanjang jalan tiga kilometer itu dan menyaksikan perjalanan majlis menerusi skrin besar di Dataran Bandaraya di sini.


Hilangkan Jerawat dan Kulit Berminyak Seawal 3 Hari. KLIK SINI !!! SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


2 comments.. read them below or add one

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 07 November, 2014
Assalammualaikum... PP,

terima kasih hebahan nie... untuk persediaan kepada sesiapa yang nak ke bandar jangan ikut jalan tepi laut..

mselim3
razali.m.r.p razali.m.r.p 09 November, 2014
nasib la de page ni bg tau...smlm pas gi jom heboh cpt2 kawan settlekn urusan kat icq.so tak de la kawan stuck kat jln tu...