Senarai Lokasi Tadika Islam MAIWP

Lokasi Tadika Islam MAIWP. Untuk ibu bapa semua yang sedang mencari tadika Islam untuk anak-anak mereka yang berumur 5 hingga 6 tahun di Kuala Lumpur bolehlah mencuba Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). MAIWP kini menguruskan sebanyak 78 buah Tadika Islam iaitu 74 buah di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan 4 buah di Labuan.

Tadika Islam MAIWP Tadika Islam MAIWP melaksanakan program pendidikan pra sekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun dengan mengguna pakai kurikulum bersepadu. Tadika Islam ini menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan ”Belajar Melalui Bermain” (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).

Skop kurikulum Tadika Islam berpandukan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
•  Komunikasi
•  Kerohanian, Sikap dan Nilai
•  Kemanusiaan
•  Literasi Sains dan Teknologi
•  Fizikal dan Estetika
•  Ketrampilan Diri
•  Pengajian Al-Quran, Bahasa Arab dan Tulisan Jawi (nilai tambah kepada Kurikulum Tadika Islam MAIWP bagi melahirkan generasi Ulul Albab) 

Tadika-tadika Islam MAIWP beroperasi selama 4 jam sehari dari jam 8:00 pagi.

Berikut adalah senarai lokasi Tadika-tadika Islam MAIWP yang dibahagikan kepada 6 zon (Klik untuk muaturun)


4.  Zon Setapak 
5.  Zon Batu

SUMBER - MAIWP

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now