Senarai Mangsa Maut Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak 22 Nov 2014

Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak 22 Nov 2014
Kejadian letupan  lombong arang batu di Sarawak pada hari Sabtu kira-kira jam 9 pagi telah menyebabkan 3 maut dan mencederakan 29 pekerja yang lain. Kejadian difahamkan berlaku di dalam terowong lombong sepanjang 69 meter yang terletak berdekatan Pantu, Sri Aman.

Pihak polis berkata mangsa maut apabila lombong yang dipenuhi gas itu meletup bermula daripada kejadian litar pintas sebuah kipas. Lombong telah beroperasi kira-kira lapan tahun lalu dan kini mempunyai 119 pekerja yang kebanyakannya warga asing.

Berikut adalah identiti tiga mangsa yang maut dalam kejadian letupan lombong arang batu di Sarawak :-

1) Pang Chung Hyok, 29, warga Korea Utara
2) Tun Tun Win, 36, warga Myanmar
3) Kardianto, 38, warga Indonesia

Daripada 29 orang jumlah yang tercedera, sembilan merupakan warga Indonesia, enam (Myanmar) lima (China), dua (Bangladesh) dan tujuh (Korea Utara). 25 orang daripada yang tercedera mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak sementara empat yang lain dirawat di Hospital Sri Aman.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now