Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3. Pemilihan aliran tingkatan untuk pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bergantung kepada keputusan PT3 anda. Faktor lain dalam menentukan pemilihan aliran Tingkatan 4 adalah kemampuan, minat pelajar, tunjuk ajar/minta pendapat  guru dan solat istikharahJadi secara dasarnya, keputusan peperiksaan adalah Syarat utama kelayakan dalam pemilihan aliran ke Tingkatan 4.
 
Pendidikan sekolah menengah selepas tamat pendidikan sekolah rendah (selepas Tingkatan 1 dan 2) iaitu selepas peperiksaan PT3 (dahulunya UPSR) terbahagi kepada dua peringkat iaitu :
  • 1) Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
  • 2) Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Mata Pelajaran Sekolah Menengah

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Menengah

A. Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)

Ianya merangkumi pembelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Berikut adalah Senarai Mata Pelajaran Sekolah Menengah untuk panduan pelajar dan ibu bapa semua :-

Subjek TerasSubjek Pilihan
Bahasa MelayuPendidikan Islam
Bahasa InggerisMoral
SainsKemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga
Sejarah Kemahiran Hidup: Pertanian
GeografiKemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan
MatematikKemahiran Hidup Bersepadu
Bahasa-bahasa Eropah
Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dahulunya, Penilaian Menengah Rendah (PMR).

B. Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Setelah tamat Pendidikan Menengah Rendah, murid-murid akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Menengah Atas selama 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).

Sejak pelaksanaan sijil terbuka, murid-murid perlu mengambil empat subjek wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah.

Aliran utama dalam pendidikan menengah atas:

  1. Aliran Akademik (Sains/Sastera)
  2. Aliran Teknik dan Vokasional
  3. Aliran Agama

1. ALIRAN SAINS DAN SASTERA

Murid yang berminat dalam bidang akademik boleh memilih salah satu antara dua aliran utama. Murid yang berminat dengan sains akan mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (English for Science and Technolgy, EST).

Sekiranya memilih aliran sastera, murid akan memilih sains paduan dan sebarang subjek lain yang tidak berunsur sains seperti perakaunan atau perdagangan.

2. ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Selepas tamat PT3 atau PMR, murid yang berminat berpeluang untuk memilih ke aliran teknik. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
  1. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  2. Pengajian Kejuruteraan Awam
  3. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
  4. Pertanian
  5. Perdagangan
  6. Pengurusan Makanan
  7. Pengajian Pakaian
Juga murid berpeluang untuk memilih ke aliran vokasional. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
  1. Elektrik
  2. Elektronik
  3. Automotif
  4. Katering
  5. Pengaturcaraan Komputer
Terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan aliran teknikal, tetapi bilangannya terhad dan hanya dua subjek elektif yang ditawarkan iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Murid yang meminati jurusan yang ditawarkan mestilah memohon untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik secara atas talian.

Pada akhir pengajian tingkatan 5 murid-murid daripada aliran ini akan dinilai melalui peperiksaan SPM.

SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH: TINGKATAN 1 - 3


Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran Tambahan
Bahasa MelayuGeografiBahasa Cina
English LanguagePendidikan JasmaniBahasa Tamil
MathematicsPendidikan KesihatanBahasa Arab
ScienceKemahiran HidupBahasa Iban
SejarahPendidikan Seni VisualBahasa Kadazandusun
Pendidikan IslamPendidikan MuzikBahasa Jepun
Pendidikan MoralBahasa Perancis
Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanBahasa Jerman

SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH ATAS: TINGKATAN 4 - 5


Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran TambahanMata Pelajaran Elektif
Bahasa MelayuPendidikan JasmaniBahasa Cina1. Kesusasteraan Melayu
English LanguagePendidikan KesihatanBahasa Tamil2. Literature in English
MathematicsBahasa Arab3. English for Science and Technology
ScienceBahasa Iban4. Pendidikan Seni Visual
SejarahBahasa Kadazandusun5. Pendidikan Muzik
Pendidikan IslamBahasa Jepun6. Geografi
Pendidikan MoralBahasa Perancis7. Ekonomi Asas
Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanBahasa Jerman8. Additional Mathematics
9. Additional Science
10. Physics
11. Chemistry
12. Biology
13. Information and Communication Technology
14. Reka Cipta
15. Sains Sukan
16. Pembinaan Domestik
17. Membuat Perabot
18. Seni Reka Tanda
19. Kerja Paip Domestik
20. Pendawaian Domestik
21. Kimpalan Arka dan Gas
22. Menservis Automobil
23. Menservis Motosikal
24. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
25. Menservis Peralatan Elektrik Domestik
26. Rekaan dan Jahitan Pakaian
27. Katering dan Penyajian
28. Pemprosesan Makanan
29. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
30. Hiasan Dalaman Asas
31. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
32. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
33. Landskap dan Nurseri
34. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
35. Tanaman Makanan
36. Grafik Berkomputer
37. Produksi Multimedia
38. Mechanical Engineering Studies
39. Civil Engineering Studies
40. Electrical & Electronic Engineering Studies
41. Engineering Drawing
42. Pengajian Agroteknologi
43. Sains Pertanian
44. Pengajian Keusahawanan
45. Perdagangan
46. Prinsip Perakaunan
47. Pengajian Pakaian
48. Pengurusan Makanan
49. Ekonomi Rumah Tangga
50. Engineering Technology
51. Fundamentals of Programming
52. Program and Development Tools
53. Pola Pakaian
54. Membuat Pakaian
55. Roti & Makanan Yis
56. Patisserie
57. Penyediaan Masakan Barat & Timur
58. Penyediaan Makanan & Minuman
59. Persolekan
60. Dandanan Rambut
61. Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
62. Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
63. Bahan Binaan
64. Teknologi Binaan
65. Prinsip Elektrik & Elektronik
66. Aplikasi Elektrik & Elektronik
67. Pemesinan Berkomputer
68. Amalan Bengkel Mekanikal
69. Penyejukan
70. Penyamanan Udara
71. Automotif Kenderaan
72. Automotif Elektrik dan Disel
73. Kimpalan Arka
74. Kimpalan Gas
75. Kejenteraan Pertanian
76. Hortikultur Hiasan & Lanskap
77. Pengeluaran Tanaman
78. Pemprosesan Hasil Pertanian
79. Pengeluaran Ternakan
80. Teknologi Pejabat Perniagaan
81. Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
82. Perakaunan Perniagaan
83. Applied Science
84. Animasi dan Rekabentuk Penerbitan
85. Penerbitan Multimedia Kreatif
86. Sistem Sokongan Komputer
87. Sistem Sokongan Rangkaian
88. Asas Kemahiran Pelancongan
89. Pelancongan dan Rekreasi
90. Bahasa Arab Tinggi
91. Tasawwur Islam
92. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
93. Pendidikan Syariah Islamiah
SUMBER MOE

JENIS-JENIS ALIRAN

Berikut sebahagian diantara jenis-jenis aliran yang terdapat di Tingkatan Empat (4) beserta dengan senarai mata pelajaran yang diambil. Pakej aliran adalah bergantung kepada sekolah samada ada ditawarkan atau tidak :-

1. Aliran Sains Tulen:

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam, Matametik Tambahan, Biologi, Fizik, dan Kimia

2. Aliran ICT:

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam Matametik Tambahan, ICT/Prinsip Perakaunan, Fizik, dan Kimia

3. Aliran Prinsip Perakaunan: 

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam, Matametik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, dan Sains

4. Aliran Ekonomi Asas: 

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains, dan Pendidikan Seni Visual

5. Aliran Perdagangan:

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam, Perdagangan, Sains, Pendidikan Seni Visual, dan Tasawwur

6. Aliran Pendidikan Seni Visual: 

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah,Pendidikan Islam, Sains, Pendidikan Seni Visual, dan Tasawwur

7. Aliran Katering : 

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, dan Katering.

8. Aliran Landskap: 

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matametik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, dan Lanskap

Contoh aliran lain yang ditawarkan

Senarai Aliran tingkatan 4 terkini

Semoga Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3 ini dapat memberikan sedikit panduan kepada pelajar dalam memilih aliran yang betul untuk Tingkatan 4 nanti.

2 comments.. read them below or add one

Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Januari, 2016
Thank you for your kind soul to share this information. May I know if the subjects in the aliran are all same in all schools around Malaysia.
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Januari, 2016
more or less same but depend on that particular schools. Certain aliran were not available in some schools