Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah

Mata Pelajaran Sekolah Rendah
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ujian tersebut menguji:-

Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Penguasaan kemahiran matematik
Penguasaan konsep sains

TAHAP 1 - Tahun 1 - 3

PRASEKOLAH
Komponen:

Bahasa dan Komunikasi
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estatik

SEKOLAH RENDAH
Berikut adalah senarai mata pelajaran sekolah rendah seperti dirujuk dari http://www.moe.gov.my/v/pelajaran-rendah

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral

Mata Pelajaran Wajib:
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina Komunikasi
Bahasa Tamil Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Iban (bermula tahun 3)
Bahasa Semai (bermula tahun 3)

TAHAP 2 - Tahun 4 - 6

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Mathematics
Science
Kajian Tempatan
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata Pelajaran Wajib:
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina Komunikasi
Bahasa Tamil Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Semai

Senarai mata pelajaran sekolah menengah pula klik di SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now