Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia

Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia. Berikut dikongsikan senarai pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kepada Warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi Polis, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong PDRM secara online dengan memohon melalui pendaftaran Borang SPA8 di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)Polis Diraja Malaysia. 

Kepada mereka yang telah memohon, anda boleh menyemak status pengambilan jawatan kosong PDRM seperti panduan di Semakan PDRM 

PDRM Polis DiRaja Malaysia

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

PDRM mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 
  1. Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan 
  2. Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM yang dirujuk dari Portal Rasmi PDRM :-


A. Pemerintah Tertinggi PDRM

  • Ketua Polis Negara (IGP) : Inspector General of Police
  • Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) : Deputy Inspector General of Police

B. Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  • Pesuruhjaya Polis (CP) : Commissioner of Police
  • Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) : Deputi Commissioner of Police
  • Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) : Senior Assistant Commissioner of Police
  • Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) : Assistant Commissioner of Police
  • Penguasa Polis (SP) : Superintendant of Police
  • Timbalan Penguasa Polis (DSP) : Deputy Superintendant of Police
  • Penolong Penguasa Polis (ASP) : Assistant Superintendant of Police
  • Inspektor Polis (INSP) : Inspector of Police
  • Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) : Probationary Inspector of Police

C. Pegawai Rendah Polis

  • Sub Inspektor Polis (S/INSP) : Sub Inspector of Police
  • Sarjan Mejar (SJN/M) : Police Sergeant Major
  • Sarjan (SJN) : Police Sergeant
  • Koperal (KPL) : Police Corporal
  • Lans Koperal (L/KPL) : Police Lance Corporal
  • Konstabel (KONST) : Police Constable

Grafik Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia

Pangkat Dalam Polis

Semoga Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia ini boleh dijadikan panduan terutama kepada mereka yang berminat menjadi Polis.

0 comment... add one now