Senarai Penerima Anugerah Ikon Wanita Puteri UMNO 2014

Anugerah Ikon Wanita Puteri UMNO 2014
Empat wanita cemerlang merupakan penerima anugerah Ikon Wanita Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Anugerah Ikon Wanita merupakan penghargaan yang diberikan kepada tokoh-tokoh wanita muda sebagai menghargai sumbangan mereka yang menunjukkan kecemerlangan  dalam bidang seperti akademik, perniagaan, seni dan sukan.

Anugerah Ikon Wanita ini disampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin selepas selesai membentangkan ucapan dasar beliau di hadapan ribuan ahli Puteri sempena berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Berikut adalah senarai Penerima Anugerah Ikon Wanita Puteri UMNO 2014 :-

1) Penyanyi, Shila Amzah, 24 tahun
2) Pelumba basikal negara, Fatehah Mustafa, 25 tahun
3) Pendebat, Maizura Mokhsein, 23 tahun
4) Pengarah Urusan FashionValet.net, Vivy Sofinas Yusof, 27 tahun

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now