Senarai Terminal Tempahan MyTeksi Di Kuala Lumpur

myteksi
Terminal tempahan myTeksi. MyTeksi adalah aplikasi dalam talian yang membolehkan pengguna mendapatkan khidmat teksi secara selamat dengan caj mengikut meter. MyTeksi diwujudkan untuk memastikan pengguna menikmati pengalaman menarik serta perkhidmatan yang bermutu sewaktu melawat Kuala Lumpur.

Terminal tempahan MyTeksi dilancarkan hari ini di 14 lokasi di sekitar bandar raya KL bagi kemudahan pelancong dan orang ramai.

Selain boleh menempah teksi dengan lebih mudah, pelancong dan orang ramai boleh menggunakan tablet yang disediakan untuk melayari laman web 'Visit KL' bagi mendapatkan pelbagai maklumat mengenai Kuala Lumpur.

Berikut adalah senarai lokasi terminal MyTeksi di Kuala Lumpur
1) Muzium Bank Negara
2) Galeri Seni
3) Pasar Seni
4) Muzium Kesenian Islam Malaysia
5) Istana Budaya
6) Taman Rama-Rama
7) Galeri KL
8) Kompleks Kraf Kuala Lumpur
9) Muzium Negara
10) Balai Seni Visual Negara
11) Muzium Diraja
12) Pusat Lawatan Royal Selangor
13) Sasana Kijang 
14) KL City Walk

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now