Shukor Adan Kapten Harimau Malaya Di Piala AFF Suzuki 2014

shukor adan kapten
Shukor Adan, pemain pertahanan tengah Felda United mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan Harimau Malaya di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 yang bermula pada 23 November 2014 ini di Singapura.
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak kemungkinan memilih Shukor sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang lazimnya memikul tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan berikutan masalah kecederaan pada ligamen lutut kanan.
Dollah berkata pada siri persahabatan antarabangsa menentang Syria, malam ini, Shukor akan menggalas tanggungjawab itu di Stadium Shah Alam.
"Mungkin beliau (Shukor) akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini.
Kesebelasan utama yang akan diturunkan, malam ini menentang Syria juga mungkin pemain pilihan utama bagi saingan Piala AFF Suzuki nanti," 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now