Siapa Juara AF2014 Malam Ini?

konsert akhir af2014Konsert Akhir AF 2014 bakal berakhir malam ini dengan malam kemuncak yang menentukan siapa Juara AF 2014. Setelah mengharungi 10 minggu yang penuh cabaran, kini pentas akhir #AF2014 bakal menjajnikan kehebatan lima finalis berbakat dan hebat iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman untuk merebut gelaran juara AF2014.

Jika dilihat kepada persembahan kelima-lima finalis AF2014 ini masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri. Senarai lagu Konsert Akhir AF2014 ada di SINI.


Adel tersingkir di minggu ketujuh tetapi kembali semula ke AF2014 hasil AF Serap dari tenaga pengajar.

Aman pula persembahannya minggu ke minggu makin mantap dan nyata membuktikan dia layak untuk berada di pentas akhir #AF2014.

Nuha dengan suara yang lantang serta kebolehannya untuk menyanyikan pelbagai jenis genre lagu bakal menjadi ‘senjata’ Nuha untuk berentap dengan empat finalis lain.

Ewal pula mempunyai bakat semulajadi dan suara yang besar. Pengalaman Ewal sebagai penyanyi sebelum ini juga mungkin memberikan kelebihan kepada Ewal untuk bertarung pada malam ini.

Manakala Firman pula kelebihannya terletak pada vokalnya yang unik terutama apabila pelajar berusia 25 tahun ini menyampaikan lagu-lagu berentak rock dan bernada tinggi.

Selain itu, kemampuannya untuk menghayati lirik dan watak yang ada dalam lagu tersebut membuatkan Firman seolah-olah ‘bersatu dengan lagu yang dinyanyikan selain ‘X- Factor’ yang ada dalam dirinya mungkin membuatkan 


So siapakah yang bakal bergelar juara AF2014 kali ini? Saksikan atau dengar di SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Bintang Sukan Bintang Sukan 09 November, 2014
Firman , Nuha & Adel??? antara 3 ini