Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Melalui FPX

Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Melalui FPX
Sistem ini menyediakan perkhidmatan Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (KPM) melalui FPX bagi semua program dibawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Financial Process Exchange (FPX) adalah kaedah pembayaran secara online yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mempermudahkan urusan pembayaran balik pinjaman pelajaran oleh pemegang akaun perbankan internet bank-bank yang terlibat. FPX diuruskan oleh FPX Payment Gateway Sdn.Bhd, anak syarikat Malaysia

OBJEKTIF
 Menyediakan kemudahan saluran bayaran secara online yang mudah
dicapai pada bila-bila masa kepada Peminjam

 Menyediakan kemudahan menyemak baki pinjaman kepada Peminjam.

Bayaran Balik melalui FPX boleh dilakukan kepada peminjam yang
mempunyai akaun bank berkenaan :

1. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
2. CIMB BANK BERHAD
3. MAYBANK2U
4. HONG LEONG BANK
5. MAYBANK2E.NET
6. PUBLIC BANK BERHAD

CARA BUAT PEMBAYARAN MELALUI FPX
klik link ini

- Log masuk aplikasi menggunakan nombor kad pengenalan peminjam (Cth : 880506065487)
- Pilih Program Pengajian
- Klik BAYARAN BALIK dan masukkan amaun pembayaran. Klik BAYAR
- Klik TERUSKAN. Sila pastikan pop-up blocker telah dinyahaktif
- Log masuk akaun perbankan internet yang dipilih dan ikut arahan yang diberi. Pastikan anda tidak menutup sebarang tetingkap yang dipaparkan
- Transaksi anda adalah berjaya sebaik sahaja memperoleh resit dari pihak bank
- Sebagai bukti pembayaran, sila cetak resit rasmi Kementerian Pengajian Tinggi sebagai bukti pembayaran.

APPLIKASI SEMAKAN PENYATA DAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MELALUI FPX 

KLIK SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Gkerjaya.com Gkerjaya.com 08 Januari, 2016
Terima kasih atas informasinya sangat berguna. Jika anda sedang mencari jawatan kosong boleh la lawati laman web Gkerjaya.com (k)