Status Terkini Dua Kes Buli Budak Sekolah Di Johor Dan Perlis

kes buli budak sekolah

Status Terkini Dua Kes Buli Budak Sekolah Di Johor Dan PerlisRakaman video kes buli budak sekolah yang menjadi viral di laman sosial sejak akhir-akhir ini telah disiasat oleh pihak polis. Dan melalui makluman rasmi melalui Facebook Rasmi PDRM, berikut adalah hasil siasatan awal pihak PDRM tentang 2 kes buli ini.
 
STATUS TERKINI DUA KEJADIAN BULI PELAJAR SEKOLAH

Hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, dua kejadian buli yang disiarkan semalam, 5 November 2014 telah berjaya dikenal pasti.

KES 1: SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM DIKENAL PASTI

Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.

Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin.

Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.

Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Siasatan kes masih diteruskan.

KES 2: ENAM SUSPEK BULI PELAJAR BERBAJU T MERAH DIDAKWA

Kes ini membabitkan seorang pelajar berbaju T berwarna merah dibelasah oleh beberapa pelajar di dalam bilik asrama yang dikesan berlaku pada 25 Mei 2014 di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.

Kejadian telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada pihak polis pada 6 Jun lalu.

Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Keterangan mangsa yang berumur 11 tahun juga telah diambil.

Kes didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi.

Pihak polis sekali lagi menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama ini supaya pencerahan dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak polis jika terkesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat yang tidak berasas.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN

6 November 2014

Hilangkan Jerawat dan Kulit Berminyak Seawal 3 Hari. KLIK SINI !!! SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now