Surah al-Kahfi Bacaan Dalam Rumi Dan Kelebihan

Surah al-Kahfi Dan Kelebihannya. Berikut dikongsikan bacaan dan kelebihan membaca Surah al-Kahfi yang mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Surah al-Kahfi

Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat."
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
MARI HAFAL/HAFAZ 10 AYAT SURAH AL KAHFI INI.
BERSAKSILAH KITA SEMUA BAHAWA 10 AYAT DARI ALLAH INI AMAT PENTING UNTUK KITA HAFAL DI AKHIR ZAMAN INI.
Dan jangan kata bahawa kamu tidak pernah diberitahu tentang kepentingan menghafal ayat ini.

Dari Abu Darda r.a. beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Barangsiapa yang MENGHAFAL SEPULUH AYAT TERAWAL dari surah Al- Kahfi, maka dia akan TERLINDUNG dari (fitnah dan pembohongan) DAJJAL.”
H.R. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi, Qatadah.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Terdapat beberapa kelebihan khusus lain yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya adalah seperti berikut :-

1.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
2.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)
sharing dari Muzir Wordpress

VIDEO BACAAN SURAH AL-KAHFI



Semoga perkongsian bacaan Surah al-Kahfi Dan Kelebihannya bermanfaat buat semua.

1 comment... add one now

MILx HASHIM MILx HASHIM 06 November, 2015
JM SINGGAH PETANG... PERKONGSIAN BAIK... ALHAMDULILLAH... http://jmbelog.blogspot.my/