Syarat Baru Pinjaman PTPTN Bermula 1 November 2014

Syarat Baru PTPTN
Syarat Baru Pinjaman PTPTN Bermula 1 November 2014 | PTPTN mengumumkan syarat baru pinjaman PTPTN untuk pelajar IPTA dan IPTS bermula 1 November 2014 seperti berikut yang antara lain mengikut sistem tapisan penerimaan BR1M :-

JUMLAH PINJAMAN KESELURUHAN PTPTN TERKINI
1. Kursus diploma di universiti tempatan kini dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM4,750

2. Kursus ijazah pula dikurangkan daripada RM6,500 kepada RM6,180

3. Kursus diploma di kolej swasta pula  dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM6,800

4. Jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan kerana kos pengajian yang tinggi

KELAYAKAN SYARAT PINJAMAN PTPTN


1. Pinjaman 100% penuh - Hanya pelajar yang ibu bapa mereka merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

2. Pinjaman 75 % daripada jumlah pinjaman keseluruhan - jumlah pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM8,000

3. Pinjaman tidak lebih daripada 50 peratus daripada jumlah pinjaman keseluruhan - pendapatan melebihi RM8,000

Punca Utama PTPTN Kurangkan Pinjaman IPTA Dan IPTS
1. Peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian.
2. Kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November 2014

Cara buat bayaran balik pinjaman PTPTN di SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now