Syarat Tangguh Dan Pengecualian Ke PLKN

PLKN 2015


PLKN 2015 Penempatan Lokasi boleh disemak sekarang di SINI. Tahniah kepada yang berjaya. Bagi mereka yang berjaya tetapi ingin meminta penangguhan atau pengecualian untuk menghadiri PLKN boleh berbuat demikian tetapi dengan bersyarat.

Berikut syarat-syarat Penangguhan Dan Pengecualian Latihan PLKN seperti dipetik dari Laman Web Rasmi JLKN
Prinsip dan keadaan yang hendak dipakai dan diambil kira bagi memberi atau memperbaharui permohonan penangguhan seseorang pelatih yang terpilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara adalah seperti berikut:-
  • Sama ada orang itu akan menduduki suatu peperiksaan utama dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani latihan Khidmat Negara;
  • Sama ada orang itu sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dikehendaki menjalani latihan Khidmat Negara; dan
  • Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa pada orang tersebut jika dia menjalani latihan Khidmat Negara.
PERHATIAN:
Tempoh tamat permohonan penangguhan adalah enam (6) bulan daripada tarikh melapor diri latihan PLKN seperti dinyatakan dalam surat Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP).

PENGECUALIAN

Permohonan pengecualian boleh diluluskan sekiranya pelatih yang terpilih berada di dalam kategori orang yang berikut:-
  • Orang yang bercelaru mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31/1952], pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [Ord. Sarawak 16/1961] atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [Bab 74 Sabah].
  • Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani latihan Khidmat Negara.
  • Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
  • Orang yang menjalani tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa yang berhubungan dengan tahanan pencegahan.
  • Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].
  • Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 612].
  • Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidap penyakit yang boleh membawa maut.
  • Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
  • Orang yang mengikuti program sepenuh masa di institusi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Jabatan Penjara Malaysia
  • Wanita yang mempunyai anak kandung
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

2 comments.. read them below or add one

Hamidi SP Hamidi SP 14 November, 2014
Jangan pula lepas ni dipenjarakan pula anak orang miskin..
jaymiee jaymiee 14 November, 2014
PLKN bagi aku takda kesan apa pun....