Permohonan UPU 2017 Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Pin UPU. Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut adalah cara membeli Nombor Pin Unik ID UPU untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA. Untuk makluman tarikh buka dan tutup, sila rujuk Laman Web BSN di Pembelian PIN BSN. Tarikh pembelian Pin Unik UPU sesi 2017/2018 adalah dari 6 Februari hingga 4 April 2017 30 Mac 2017. Harga adalah RM15.64 termasuk GST.

pin unik bsn

Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN

Berikut 3 cara atau langkah untuk anda membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.
Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.

2. ATM ( Automated Teller Machine )

  1.     Masukkan Kad  dan No Pin
  2.     Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  3.     Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  4.     Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  5.     Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  6.     ‘YA’untuk meneruskan urusan
  7.     Semak Maklumat
  8.     Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  9.     Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

3. SMS Banking

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-

  1.     Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  2.     Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  3.     Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  4.     Masukkan No. Telefon Bimbit
  5.     Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6.     SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Jenis permohonan

  1. Permohonan UPU.
  2. Permohonan Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
  3. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi KPM College.
  4. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
  5. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.
  6. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
  7. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL.
  8. Permohonan Pinjaman PTPTN.
Semoga panduan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN ini berguna kepada pemohon yang ingin membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang disebutkan di atas.

4 comments.. read them below or add one

Ajib Purple Ajib Purple 21 May, 2016
Terlupa no pin kad atm bank bsn
Anonymous Anonymous 18 January, 2017
Yang bank in tu.. Kalau pakai akaun parents bleh?
Ismi Hidayah Ismi Hidayah 18 February, 2017
Yg jenis pembelian pin, no.1-8 tu maksudnya if nak sambung um or uitm, atau nk mohon ptptn kena beli asing lah ye? Bukan beli no.pin upu sahaja?