Tarikh Pameran MAHA 2016

Pameran MAHA Disember 2016. Bila Tarikh Pameran MAHA 2016, Ekspo pameran pertanian terbesar Malaysia? Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 akan kembali lagi sempena cuti sekolah tahun 2016 ini. Pameran MAHA 2016 akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor pada 1 hingga 11 Disember 2016. Pameran akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

maha 2016 lokasi dan tarikh

Tarikh Pameran MAHA 2016

Fokus MAHA 2016 yang akan berlangsung selama 11 hari adalah kepada pelancongan tani, perdagangan dan gaya hidup agro, inovasi teknologi terkini. Ianya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth.

PAMERAN MAHA 2016

Tarikh    : 111 Disember 2016

Tempat : MAEPS Serdang, Selangor 

TEMA MAHA 2016 : Our Food Our Future
Maskot Rasmi : Upin Ipin

MAHA 2016 akan menampilkan 1,500 gerai pameran meliputi agensi tempatan dan swasta serta penyertaan luar negara. Diantara tarikan utama MAHA 2016 adalah seperti berikut :-

  1. Seminar perniagaan
  2. Bengkel
  3. Pelancaran produk
  4. Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  5. Agro bazaar
  6. Pelancongan tani
  7. Persembahan kebudayaan
  8. Demonstrasi masakan 

Kepada ibu bapa semua, inilah peluang terbaik untuk membawa anak0anak bercuti ketika cuti sekolah. Semoga Pameran MAHA 2016 kali ini lebih meriah dan menghiburkan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FB MAHA 2016 dan Laman Web MAHA di MAHA 2016


Nikmati Makanan dan Hasil Pertanian Terbaik Malaysia Disember ini. Selamat berekspo.

0 comment... add one now