Terengganu Lamar Mat Yo Dari JDT

Mat Yo Ke Terengganu


Terengganu Lamar Mat Yo Dari JDT Berita belakang Harian Metro Edisi Arena hari ini 4 November 2014 melaporkan tentang hasrat Terengganu untuk membawa balik Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha kembali menabur bakti ke negeri asal beliau untuk musim 2015.

Dilaporkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tampil membuat tawaran kepada penyerang kebangsaan dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu. Setiausaha Agung PBSNT Arpin Draman berkata, 

pihaknya sudah menghubungi penyerang kelahiran Besut itu dan membuat tawaran kepadanya. Menurutnya, penyerang berusia 28 tahun itu belum memberi kata putus sebaliknya meminta sedikit masa sebelum memberi keputusan muktamad.
Teka-teki sebelum ini yang mengatakan Mat Yo bakal ke ATM mungkin tidak menjadi kenyataan. Apa yang boleh diperkatakan di sini, nampak gaya jodoh JDT dan Mat Yo bakal berakhir kerana beliau kerap memanaskan bangku simpanan disamping prestasi yang merosot sejak akhir-akhir ini.

* Terkini dari BH 5 Nov 2014 - Mat Yo sah ke ATM Musim 2015 dan bukannya Terengganu

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now