Tiada Cuti Ganti Di Pahang 3 November 2014

cuti ganti

Tiada Cuti Ganti Di Pahang 3 November 2014Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Pahang tidak akan diberikan cuti ganti walaupun negeri itu mengumumkan cuti peristiwa esok.

Sementara itu Jabatan Pendidikan Pahang mengingatkan cuti peristiwa yang diumumkan kerajaan negeri tidak melibatkan calon dan petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri itu. Ini berikutan ramai ibu bapa serta calon menelefon jabatan bagi mengetahui berkenaan cuti peristiwa yang diumumkan itu, termasuk calon
persendirian yang kurang jelas mengenainya. 

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Razali Mohd berkata, kesemua calon akan menduduki peperiksaan berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual SPM 2014 di SINI.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now